Ada yang tertanya-tanya, "Apa beza Popcorn coklat dan Popcorn caramel?". Popcorn caramel atau popcorn coklat mempunyai rasa yang berbeza-beza dan keunikan yang tersendiri. Sudah semestinya, popcorn caramel menjadi pilihan dihati penggemar popcorn kerana rasanya yang asli, klasik, kurang manis dan menyenangkan. Ianya sering menjadi pilihan bagi setiap keluarga yang memiliki pelbagai generasi. Popcorn coklat tidak kurang hebatnya, rasanya yang manis dan kurang pahit sangat diminati generasi muda terutamanya di kalangan remaja dan kanak-kanak. Pelbagai perisa popcorn yang ada dipasaran namun, penggemar popcorn atau snek lebih cenderung memilih Golden Popcornz kerana kualiti, rasa dan harga yang murah dan berpatutan.